SOALAN KUIZ

KUIZ PUASA RAMADHAN:

Sila jawab soalan yang diberikan ;

1.      Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam ke berapa ? 
Jawapan : Ketiga.

2.      Bilakah umat Islam difardhukan berpuasa ? 
Jawapan : 10 Sya’ban Tahun Kedua Hijrah

3.      Nyatakan pengertian puasa mengikut hukum syarak.
Jawapan : Menahan diri daripada makan dan minun dan perkara-perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

4.      Apakah hukum berpuasa ke atas umat Islam yang cukup syarat-syaratnya ? 
Jawapan : Wajib.

5.      Sebutkan syarat dua hikmah puasa.

Jawapan : 1. Melatih diri dengan sifat mahmudah   2. Menginsafi kesusahan yang dirasaikan oleh orang miskin.
@ lain-lain jawapan yang bersesuaian.

6.      Orang berpuasa hendaklah menjauhkan diri daripada apa?  
Jawapan : Perkara-perkara yang membatalkan puasa.

7.      Umat Islam diwajibkan berpuasa berdasarkan firman Allah ayat 183 dalam Surah ……………………………? 
Jawapan : Al-Baqarah

8.      Puasa juga telah disyariatkan kepada ………………………………………. terdahulu.  
Jawapan : Umat

9.      Nyatakan dua syarat wajib puasa.
Jawapan : Islam, Baligh, Berakal, Mampu berpuasa

10.  Nyatan dua lagi syarat puasa selain daripada jawapan yang telah diberikan tadi. 
Jawapan : Islam, Baligh, Berakal, Mampu berpuasa

11.  Adakah orang tua yang uzur menderita penyakit kronik wajib berpuasa ?  
Jawapan : Tidak

12.  Bagaimanakah keadaan puasa kanak-kanak yang belum baligh ?  
Jawapan : Sah

13.  Bagaimanakah puasa orang kafir yang meniru cara umat Islam menjalankan ibadah puasa ? 
Jawapan : Tidak Sah

14.  Seorang yang telah disahkan gila sepanjang hayat melakukan ibadah puasa.
Jawapan : Tidak Sah.

15.  Adakah orang yang  terlupa bagun sahur dikira berpuasa pada keesokan harinya ?
Ya.

16.  Orang tidak dapat berpuasa di bulan Ramadhan wajib…………………………………….puasanya di hari lain luar daripada bulan Ramadhan sebelum tiba bulan Ramadhan berikutnya. 
Jawapan : Mengqada